mardhati mardhati mardhati mardhati mardhati

Wednesday, 16 March 2011

menyintai tidak bermakna memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya

kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati

tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya
Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan
Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki
Sesungguhnya…
“Aku tidak pernah memiliki dirimu…
dan kau jua tidak memiliki diriku.”
Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki dir kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali

3 comments:

  1. h0h0e..jiwang lerr akk niy~ nice edit bl0g niy..hahaa adek x panday ..>,< s0e adek taram,,well new kan..mne lee mau tawu ..!! hee~ adek bce akk nye ayad niy ..gud2 lerr..!ahahahaa npe tibe2 jiwang niyyyy.?
    cecite2 ..

    ReplyDelete
  2. hahahaha ..
    saja2jew dik =)
    btw,thnk coz follow ye .

    ReplyDelete
  3. yee..!! hehee..nak gak f0ll0e permysury niee ..hahaaa..

    ReplyDelete